Assalamualaikum, pembuka bicara...
Okay, hari nih aku nak cakap sket tentang politik.Kepada sesape yg x brape suke nak ambil tahu pasal politik nih, diminta jgn lah hentam aku lak.Ini just pandangan aku tentang apa itu politik.And to all YB's, MB's, Ministers, and so on... saya tak bermakna nak memperlekehkan anda, tetapi lebih kepada memberi pandangan.Harap everybody yang bace entrh ni x salah faham dgn niat aku.
Okay, menurut ensiklopedia bebas Wikipedia, inilah maksud politik:
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
"Membuat Keputusan"
That is politic, politic means make the decision, itu bermakna politik bertujuan utk membuat keputusan.Okay, 'membuat keputusan', apa pulak maksud membuat keputusan ni? Membuat keputusan untuk siapa? Bagaimana?Keputusan yang macam mana plak yg perlu dibuat?
Di Malaysia, kita mengamalkan demokrasi:
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Malaysia merupakan sebuah negara demokratik, di mana rakyatnya mengundi untuk menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara.So, rakyat perlulah membuat keputusan bernas kerana memilih pemimpin merupakan antara tanggungjawab rakyat yang berat sekali.Cuba anda bayangkan jika kita tersalah memilih pemimpin, bagaimanakah dengan nasib negara yang kita sayangi nanti? Kita pula bagaimana??? Oleh itu pilih lah pemimpin yang selayak-layaknya untuk menjadi pemimpin.
'Pemimpin'
Pemimpin is the LEADER, tugasnya ialah memimpin, so kalau kita nak pilih pemimpin, pilih lah yang betul2 dapat membawa kita ke jalan yang lurus, jalan yang benar.Kita perlu ingat, dunia ini hanya sementara, setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan disoal di akhirat kelak.So, choose your leader wisely!
Seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang amat besar.Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang adil, ikhlas, baik hati dan tidak mempunyai karakter Munafik:
- Apabila dipercaya, dia khianat
- Apabila bercakap, dia berbohong
- Apabila berjanji, dia mungkiri
- Apabila bermusuhan, dia sangat jahat
Perkara yang paling penting yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin ialah AGAMA...
Seseorang pemimpin itu perlu ingat bahawa dirinya turut menanggung DOSA-DOSA rakyat bawahannya, jika rakyat di bawah pimpinannya melakukan dosa, maksiat yang berpunca dari tindakannya atau dia sendiri yang tidak mahu menghalangnya daripada berlaku.
For example, judi...
Jika seseorang pemimpin itu tidak memberikan lesen judi, maka tiadalah judi yang berlaku secara terang-terangan.Dan kita semua maklum bahawa judi itu HARAM! And kpd bangsa lain juga, judi tu lebih banyak buruk dari baiknya.So, fikir-fikirkanlah...
Kesimpulan yang dapat saya buat di sini,
---> kepada mereka yang nak mengundi tu, fikir baik-baik, keputusan terletak di tangan kalian
---> kepada mereka yang bergelar pemimpin , buatlah keputusan yang adil dan terbaik!
So, sampai sini sahaja political view saya, jika ada yang terasa hati, saya mohon maaf...
Mungkin apa yang saya coretkan di sini tidak anda persetujui,
saya juga mohon maaf...
Saya sedar, diri saya masih muda untuk berbicara soal ini...
0 comments:
Post a Comment