Assalamualaikum!
2014 sudah pun tiba,
Moga menjadi tahun yang ceria.
Malam 1 Januari, terjadi perhimpunan TURUN, yang bertujuan untuk menunjukkan ketidak puasan hati rakyat kerana kos sara hidup semakin tinggi.Namun begitu, pada malam tersebut, mereka berhimpun, ada juga manusia-manusia lain seperti aku yang tidur awal.Bukan kerana tidak mengalu-alukan kedatangan tahun baru, akan tetapi mata terlalu mengantuk untuk berjaga sehingga jam 12 malam.Apabila aku bangun dari lenaku, aku dengan rasminya telah bangun pada tahun yang baru! hahahaha...
Usia telah menginjak 18 tahun,
22 April nanti, genap usia 18 tahun... Tak sabar rasanya mahu meraikan hari lahir ku, juga 'kembar' tersayang! Moga baik2 saja engkau di Kedah nun... Haha..! Berkongsi tarikh lahir yang sama, membuatkan dirinya menjadi salah satu yang istimewa dalam hidupku.
Tawaran kerja sementara sudah pun diterima, membuka tirai 2014 dengan indah dan bahagia sekali.
Bekerja sebagai seorang guru Iqra', hanya beberapa orang murid tahun 1, masa mengajar yang singkat, membuatkan diri ini cukup seronok.Berjumpa kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah, yang kini menjadi rakan sekerja cukup membuatkan hati ini berasa senang.Alhamdulillah.
"Maafkanlah kerna ku merenung tepat ke arah mata mu,
Maafkanlah kerna ku mencuri pandangan pada mu,
Maafkanlah kerna aku sering menyangkal kata-kata mu,
Maafkanlah juga kerna hati ini masih mengharapkan mu."
Sahabat ku pernah berkata, lupakan lah dirimu,
Namun bagiku, kau adalah teman ku, sahabat ku,
Mana mungkin seorang rakan akan melupakan rakannya sendiri...
Justeru itu, maaf kerna hati ini menyimpan perasaan yang sepatutnya tidak wujud antara kawan.
Maafkan Aku.
-2014, please be good to me-